Translate

Ahad, 21 September 2014

LAPISAN ATMOSFERA



Lapisan Atmosfera
  • Lapisan Atmosfera ini terbahagi kepada 7 
            a) Terposfera
            b) Stratosfera
            c)  Ozonfera
            d) Mesosfera
            e) termosfera
            f) ionosfera
            g) Eksosfera


Troposfera


  1. ·troposfera adalah lapisan bawah atmosfera bersentuhan dengan permukaan. Ia mempunyai ketebalan berubah-ubah (kira-kira 17 km di khatulistiwa dan 8 km di tiang ) 
  2. ·         Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17^o C hingga -52^o C. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause.
  3. ·         Lapisan ini sesuai untuk kehidupan.

Ø  Tropopaus

Tropopaus merupakan kawasan penimbal di antara troposfera dan stratosfera. Suhu di lapisan ini akan menjadi lebih tinggi kerana ketumpatan ozon yang tinggi. Sempadan tropopaus ini bukanlah merupakan satu sempadan "keras". Ribut petir, terutamanya yang berlaku di kawasan tropika boleh "termasuk" ke lapisan stratosfera.


Stratosfera

  1. ·         Stratosfera adalah lapisan kedua atmosfera. suhu di stratosfera naik yang lebih tinggi. Tahap stratosfera ini menyerap cahaya berbahaya daripada matahari dan menukarkan ia kepada haba. Stratosfera terletak di atas troposfera
  2. ·         Stratosfera (stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan troposfera (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause), dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.
  3.   Lapisan ini merupakan lapisan yang akan menapis atau menghalang ultra-lembayung terus ke bumi dan lapisan ini juga merupakan lapisan laluan kapal
  4.     Lapisan Ozonfera dan Stratosfera merupakan lapisan yang hampir sama.

Mesosfera
  1. Mesosfera (Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini.
    Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18^o C hingga -73^o C).
  2. Lapisan ini merupakan lapisan yang akan membakar meteroid daripada terus kebumi.


    Termosfera

    1. Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya) terhasil di sini hasil tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi. Di lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan (lihat ionosfera).
    2. Lapisan termosfera bermula kira 80 km di atas permukaan bumi hingga antara 500-1000 km di mana lapisan teratas atmosfera, eksosfera bermula. Suhu di sini amat tinggi akibat sinaran matahari dan aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir 2000^o C
    3. Termosfera bumi adalah lapisan atmosfera yang pertama terdedah kepada sinaran matahari dan sebagainya mula dipanaskan oleh matahari Udara begitu nipis bahawa peningkatan kecil dalam tenaga boleh menyebabkan peningkatan besar dalam suhu.
    Ionosfera

    1. Saintis memanggil ionosfera lanjutan termosfera . Jadi secara teknikal, ionosfera tidak lagi lapisan atmosfera. Ionosfera mewakili kurang daripada 0.1% daripada jumlah jisim atmosfera bumi.
    2. Ionosfera mempunyai terion oleh radiasi solar . Ini bermakna tenaga Matahari begitu kuat di peringkat ini, bahawa ia memecah selain molekul. 
    3. molekul yang pecah itu akan menjadi elektron terapung di sekeliling.

    Eksosfera

    1. Eksosfera (Exosphere) adalah lapisan teratas atmosfera bumi, sekaligus merupakan sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500-1000 km hingga kira-kira 10,000 km dari permukaan bumi. Boleh dikatakan hampir tiada udara atau gas di lapisan ini.
    2. Satelit yang mengorbit bumi terletak di sini.






    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan