Translate

Khamis, 20 November 2014

KERPASAN


  • Menurut M. J. Deodhar (2009) Lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi sebagai cacair ataupun pepejal.
  • Kerpasan terbahagi kepada dua proses pemeluwapan dan pemejalwapan. Proses ini akan mengahasilkan awan.
  • Kerpasan merupakan proses terakhir dalam fasa hidrologi di atmosfera.
  • Proses pemuluwapan menyebabkan setiap bintik air yang terbentuk akan membesar dan bercantum antara satu sama lain.
  • Apabila awan berat dan tidak mampu ditampung apabila bintik air terjatuh maka jadinya kerpasan.

PROSES KERPASAN

  • Kerpasan terjadi akibat daripada proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau kedua -duanya skali.
  • Kedua -dua proses tersebut akan menghasilkan awan, Apabila awan menjadi tepu dengan bintik2 air maka turunya kerpasan.
  • dalam Atmosfera, Bintik2 air yang disejat, dpemeluwap dan dipemejalwapan ini akan terapung -apung sebagai awan.
  • Percantuman bintik -bintik air ini akan berterusan sehinggalah ianya menjadi berat dan tidak dapat lagi mengekalkan daya keapungannya lalu terjadinya kerpasan dimana bintik2 air jatuh kepermukaan bumi samada dalam bntuk hujan, hujan renyai, hujan batu dan salji.

Rabu, 12 November 2014

KEMARAU

  • Kemarau ialah suatu kejadian kandungan air di dalam tanah sangat kurang menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang.
  • Cuaca di sekeliling sangat kering.
  • Kadar Kelembapa Udara rendah. Hujan turun sedikit atau tiada langsung hujan turun.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:AnisAsmaAmielia
  • Musim kemarau atau musim kering  hujan per bulan di bawah 60 mm per bulan Wilayah tropika di Asia Tenggara dan Asia Selatan, Australia bahagian timur laut, Afrika, dan sebagian Amerika Selatan mengalami musim ini.
http://id.wikipedia.org/wiki/Musim_kemarau
  • Kejadian Kemarau kesan kepada manusia.
    • Aktiviti pertanian dan penternakan terjejas
    • Jerebu (hutan terbkar)
    • Penyakit (hidrasi dan demam panas serta sesak nafas).




    Selasa, 4 November 2014

    FENOMENA IKLIM DAN KESANNYA KEPADA MANUSIA

    KESAN FENOMENA IKLIM KEPADA MANUSIA (MALAYSIA)


    1. Kejadian Banjir
    2. Kemarau


    KEJADIAN BANJIR (Mohd Ekhwan Hj. Toriman & Noraini Salim 2010).
    • Kejadian banjir semakin serius sejak kebelakangan ini disebabkan banyak kawasan hutan ditebang dan digantikan dengan kawasan bandar baru.
    • Banjir berlaku disebabkan ketidak upaya permukaan bumi untuk menyerap air.
    • hutan atau pokok berfungsi untuk menyera air dan mencengkam tanah di permukaan bumi
    • Ketiadaan pokok atau hutan telah menyebabkan berlakunya banjir kerana tanah tidak mampu menyerap air di permukaan bumi. Tanah menjadi tepu dengan air sehinnga tidak mampu menyerap air dan telah menyebabkan berlakunya larian air permukaan dan larian air bawah tanah. Sehingga berlakunya Banjir.
    • Banjir ini terbahagi kepada banjir kilat dan banjir lumpur.
    • Banjir kilat berlaku disesbabkan berlakunya hujan yang sangat lebat ambil masa yang lama dan sistem perparitan tersumbat berlakunya banjir. Manakala Banjir Lumpur ialah kejaidan hujan yang lebat sehingga berlakunya hakisan di tanah dan menyebabkan larian air permukaan membawa kelodak atau bahan sedimen yang telah dihakis sehingga menyebabkan kawasan tahan yang dihaki tepu dengan air boleh menyebabkan tanah tersebut runtuh dan berlakunya Banjir Lumpur.
    • Banjir ini boleh memberi kesan kepada manusia dari segi (Mazlan Junaidi 2012).
      • Kerosakan harta benda 
      • Kemalangan jiwa
      • Penyakit - Cirit biri dan demam
      • Trauma


    Gambar 1 : Banjir
    Sumber : Anshul (2012)
    http://sayangterengganu.blogspot.com/2012_05_01_archive.html





    RUJUKAN

    Mohd Ekhwan Hj. Toriman & Noraini Salim. (2010). Geografi Fizikal Edisi 2. Shah Alam Selangor, Malaysia : Oxford Fajar SBN BHD.
    Mazlan Junaidi. (2012). Banjir. Diambil pada November 4, 2014. daripada http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/2012/06/banjir.html.
    Anshul. (2012). Sayang Terengganu. Diambil pada November 4, 2014. daripada http://sayangterengganu.blogspot.com/2012_05_01_archive.html

    Selasa, 28 Oktober 2014



    IKLIM GURUN PANAS


    • Pertanian jarang dijalankan
    • kurma ditanam tempat tertentu sahaja, ditanam secara meluas d kawasan yang ada bekalan air iaitu Lembah Tigris - Euphrates di Iraq dan Arab Saudi.
    IKLIM TUNDRA

    • Musil sejuk yang melampau menghadkan aktiviti pertanian dan penternakan
    • Permukaan tanah menjadi salji

    IKLIM JENIS STEPPE

    • Penanaman Gandum ditanam secara meluas kerana tanah yang subur dan tanahnya jenis chernozen.
    • Kawasan penanaman gandum yang utama Amerika Utara, Pampas di Argentina Setppr Ukraine dan Down di Dataran Murray - Darling


    Jumaat, 24 Oktober 2014

    PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

    KEGIATAN EKONOMI 

    IKLIM KHATULISTIWA (Mohd Ekhwan Hj. Toriman & Noraini Salim 2010)
    • AKTIVITI PERTANIAN -

      • Iklim khatulistiwa panas & lembab sepanjang tahun 
      • ii.suhu 27ºC dan hujan melebihi 2000 mm menggalakkan pertumuhan kelapa sawit, getah, koko, lada hitam.
      • iii.Tanaman padi di Kedah dan Kelantan memerlukan jumlah air yang banyak
      • iv.Petani tembakau di Kelantan menanam tembakau pada musim kemarau selepas padi dituai kawasan tanah tinggi, cth Cameron Highland dan Kundasang, suhu 18ºCmenggalakkantanaman sayuran dan buah-buahan hawa sederhana dan teh.



    • 2. AKTIVITI PERIKANAN 

      •  Cuaca & iklim mempengaruhi kegiatan nelayan di pantaitimur Semenanjung dan pinggir pantai Sabah dan Sarawak
      •  Musim tengkujuh; nelayan membaiki perahu, pukat,berniaga kecil-kecilan dan mengambil upaH
      •  Nelayan Pantai barat Semenanjung Malaysia bolehmenangkap ikan sepanjang tahun kerana perairannya yang tidak bergelora
    • 3. AKTIVITI PELANCONGAN 
      • Kegiatan pelancongan dapat dijalankan sepanjangtahun kerana iklim Malaysiapanas dan lembab sepanjang tahun.Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempatmenarik untuk dikunjungi
    • 4. AKTIVITI PEMBALAKAN
      •  Pelbagai jenis kayu-kayan tropika boleh di dapatiseperti cengal, keruing dan meranti
      •  Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika di Malaysia.
      • Hasil kayu-kayan menyumbangkan pendapatan Negara. 





    RUJUKAN
    Mohd Ekhwan Hj. Toriman & Noraini. (2010). Geografi alam sekitar Fizikal. Shah Alam, Selangor Malaysia : Oxford Fajar SDN BHD.

    Selasa, 14 Oktober 2014

    KAITAN SISTEM ATMOSFERA DENGAN MANUSIA

    Iklim dan aktiviti manusia

    Iklim Khatulistiwa
    • Panas dan lembap sepanjang tahun
    • purata suhu 27 darjah celsius
    • hujan 2300 mm
    • malaysia, singapure, brunei
    Iklim Gurun Panas
    • suhu panas melebihi 32 darjah celsius
    • hujan sedikit kurang daripada 2300mm
    • Negara arab Saudi, Iran dan sebagahagian india
    Iklim Tundra
    • Musim sejuk (9 bulan).
    • suhu musim sejuk -18 darjah celsius
    • suhu musim panas -2 darjah celsius
    • pantai utara Asia
    Iklim jenis Steppe
    • musim sejuk melampau kerana kedudukan jauh dari laut.
    • hujan tahunan antara 250 hingga 400 mm setahun
    • Rusia dan Mongolia


    Sabtu, 4 Oktober 2014


    KONSEP ASAS CUACA DAN IKLIM

    IKLIM :       
    • Iklim pada umumnya dikira sebga keadaan cuaca yang                diperoleh dalam sesuatu jangka masa yang panjang                    biasanya 30 tahun.
    •  Unsur yang berlaku ialah suhu dan hujan.
    • Contoh : Malaysia beriklim khatulistiwa dengan hujan dan panas sepanjang tahun, purata hujan tahunannya ialah 2300mm dan suhu ialah 28.5 darjah celcius.

    CUACA :


    • Lebih bersikap mikro dan tempatan
    • contoh : Pada sebelah pagi, cuaca di Kuala Lumpur cerah sekitar 27 darja celius. Manakala sebelah petang hujan              ( Rosnah Haji Salleh 2007).


    RUJUKAN
    Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman & Che Zaiton Shafie. (2007). Geografi Fizikal. Shah Alam Selangor : Arah Pendidikan SDN BHD.
    Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman, Che Zainon Shafie

    Ahad, 21 September 2014

    LAPISAN ATMOSFERA



    Lapisan Atmosfera
    • Lapisan Atmosfera ini terbahagi kepada 7 
                a) Terposfera
                b) Stratosfera
                c)  Ozonfera
                d) Mesosfera
                e) termosfera
                f) ionosfera
                g) Eksosfera


    Troposfera


    1. ·troposfera adalah lapisan bawah atmosfera bersentuhan dengan permukaan. Ia mempunyai ketebalan berubah-ubah (kira-kira 17 km di khatulistiwa dan 8 km di tiang ) 
    2. ·         Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17^o C hingga -52^o C. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause.
    3. ·         Lapisan ini sesuai untuk kehidupan.

    Ø  Tropopaus

    Tropopaus merupakan kawasan penimbal di antara troposfera dan stratosfera. Suhu di lapisan ini akan menjadi lebih tinggi kerana ketumpatan ozon yang tinggi. Sempadan tropopaus ini bukanlah merupakan satu sempadan "keras". Ribut petir, terutamanya yang berlaku di kawasan tropika boleh "termasuk" ke lapisan stratosfera.


    Stratosfera

    1. ·         Stratosfera adalah lapisan kedua atmosfera. suhu di stratosfera naik yang lebih tinggi. Tahap stratosfera ini menyerap cahaya berbahaya daripada matahari dan menukarkan ia kepada haba. Stratosfera terletak di atas troposfera
    2. ·         Stratosfera (stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan troposfera (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause), dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.
    3.   Lapisan ini merupakan lapisan yang akan menapis atau menghalang ultra-lembayung terus ke bumi dan lapisan ini juga merupakan lapisan laluan kapal
    4.     Lapisan Ozonfera dan Stratosfera merupakan lapisan yang hampir sama.

    Mesosfera
    1. Mesosfera (Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini.
      Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18^o C hingga -73^o C).
    2. Lapisan ini merupakan lapisan yang akan membakar meteroid daripada terus kebumi.


      Termosfera

      1. Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya) terhasil di sini hasil tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi. Di lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan (lihat ionosfera).
      2. Lapisan termosfera bermula kira 80 km di atas permukaan bumi hingga antara 500-1000 km di mana lapisan teratas atmosfera, eksosfera bermula. Suhu di sini amat tinggi akibat sinaran matahari dan aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir 2000^o C
      3. Termosfera bumi adalah lapisan atmosfera yang pertama terdedah kepada sinaran matahari dan sebagainya mula dipanaskan oleh matahari Udara begitu nipis bahawa peningkatan kecil dalam tenaga boleh menyebabkan peningkatan besar dalam suhu.
      Ionosfera

      1. Saintis memanggil ionosfera lanjutan termosfera . Jadi secara teknikal, ionosfera tidak lagi lapisan atmosfera. Ionosfera mewakili kurang daripada 0.1% daripada jumlah jisim atmosfera bumi.
      2. Ionosfera mempunyai terion oleh radiasi solar . Ini bermakna tenaga Matahari begitu kuat di peringkat ini, bahawa ia memecah selain molekul. 
      3. molekul yang pecah itu akan menjadi elektron terapung di sekeliling.

      Eksosfera

      1. Eksosfera (Exosphere) adalah lapisan teratas atmosfera bumi, sekaligus merupakan sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500-1000 km hingga kira-kira 10,000 km dari permukaan bumi. Boleh dikatakan hampir tiada udara atau gas di lapisan ini.
      2. Satelit yang mengorbit bumi terletak di sini.






      Khamis, 11 September 2014

      Atmosfera


      Atmosfera Bumi ialah suatu lapisan gas yang melitupi bumi, dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi.Atmosfera melindungi hidupan di Bumi dengan menyerap pancaran solar ultraungu, memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau), dan mengurangkan suhu lampau di antara siang dan malam (kepelbagaian suhu harian). 

      • Kajian tentang atmosfera mula-mula dilakukan untuk memecahkan masalah cuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang. 

         Dengan peralatan yang sensitif yang dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.

      • Atmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya. Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75 % dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah. Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa.